Recipe. Macaroni Goreng Monmon.

Preparation - 30 Minutes
Cooking - 15 Minutes




Mama namakan resepi ni Macaroni Monmon. Sebab Monmon suka sangat makan macaroni goreng. Cara goreng ada pelbagai. Resepi pun tak fix. Memang selalunya ikut apa ada dalam peti ais dan bahan-bahan yang ada di rumah. Preparation jadi lama sikit sebab nak tunggu rebus macaroni. So jangan ngeri tengok tempoh menyedia tu ya.

Bahan-bahan :

1. Bawang putih
2. Bawang Merah
3. Cili Padi
4. Sosej (boleh ganti dengan udang, salmon, daging, ayam atau apa-apa saja yang ada dalam freezer)
5. Sos ikan
6. Garam untuk perasa
7. Macaroni
8. Telur


Cara-cara :

1. Rebus macaroni sehingga al dente. Letakkan sedikit garam dalam air rebusan. 
2. Hiris dan potong kecil bahan 1 hingga 4
3. Saute bahan 1 hingga 5 dan perasakan dengan garam (boleh guna minyak biasa atau minyak zaitun, terpulang)
4. Masukkan macaroni yang telah direbus tadi sedikit demi sedikit
5. Perasakan dengan sos ikan (boleh juga gunakan Pasti Sedap, Sos Tiram atau apa-apa perasa lain)
6. Garam secukup rasa dan masukkan telur
7. Goreng hingga kering
8. Siap! 

Nak diet tak boleh masak ni. Sebab sepinggan tak cukup.



Selamat Mencuba!

Comments

Post a Comment

Popular Posts