Recipe . Homemade Sausage.

Preparation - 30 Minutes
Cooking - 15 Minutes

Rupa paras sausage masih boleh diperbaiki. Cubaan pertama la katakan.


  Sempena Hari Buruh, Mama mengambil kesempatan untuk menyediakan makanan Yuyu. Seperti kanak-kanak lain, semestinya Yuyu juga diperkenalkan dengan makanan seperti sausage dan nugget. Mama tidaklah strict sangat bab pemakanan Yuyu. Tapi selagi boleh dielakkan MSG, Mama akan cuba elakkan. Jadi, Mama pun menyediakan junk food untuk Yuyu. Nak makan sausage boleh. Tapi makan yang homemade punya saja ye Yuyu.

Mama buat stok untuk dibekukan. Jadi bila-bila nak sediakan untuk Yuyu, bolehlah ambil dan masak atas kuali macam masak sausage yang ada di pasaran tu.

Rasa? Titi kata 'taste so yummy and healthy'


Bahan-bahan :

1. Bawang putih
2. Bawang Merah
3. Batang Seleri
4. Daun Bawang
5. Lobak
6. Garam untuk perasa
7. Ayam (Boneless)

Cara-cara :

1. Hiris dan potong kecil bahan 1 hingga 5
2. Saute bahan 1 hingga 5 dan perasakan dengan garam (boleh guna minyak biasa atau minyak zaitun, terpulang)
3. Setelah saute, angkat dan kisar bahan 1 hingga 5 tadi
4. Masuk dan campurkan ayam sedikit demi ke dalam hasil kisaran tadi sehingga lumat
5. Bentukkan menggunakan plastic membalut makanan
6. Kukus untuk mengekalkan bentuk
7. Siap! Sejukkan ke suhu bilik sebelum dibekukan

Bahan-bahan saute

Bentukkan seperti sausage yang berada di pasaran



In case nak tahu size sausage. Boleh bandingkan dengan Ritter.



Cara bungkus ala-ala buat lepat, cuma yang ni guna plastik


Siap! Sejukkan dulu sebelum dibekukan.

Selamat Mencuba!

Comments

Popular Posts