Travel . Food . Sekinchan . Fambam





Trip Highlight
- Indoor pool. Belangkas. Mentarang.

Travel pada 
- 3rd - 4th March 2018

Tempat Penginapan 
- Anjung Pool Villa (Airbnb) ★★★★✭

Tempat Makan 
- Orang-orang Cafe 
Waktu Menunggu & Servis ★✭☆☆☆
Makanan ★★★✭☆


-Faridah Mentarang
Waktu Menunggu & Servis ★★★✭☆
Makanan ★★★☆

Peserta Trip 
- Mama, Monmon, Yuyu, Tok Boss & Nini (5 pax)

View sekitar Villa

"Kenapa Sekinchan?" Soalan yang perlu kami jawab bila kami kata kami ke Sekinchan.

1. Kami terpengaruh dengan JJCM. 
2. Kami memerlukan break. 
3. Tok Boss baru discharge, nak bagi tukar angin sikit.


Anjung Pool Villa bukan seperti villa lain yang sudah viral. Tidak ramai yang tahu kewujudannya, dan kalau Google pun masih belum banyak review atau cerita mengenai vila ini. Kami mencari accommodation yang sesuai dan seronok untuk Yuyu, harga yang berpatutan dan selesa. Penempahan untuk trip kali ini adalah melalui Airbnb. 

Day 1 :
Kami bertolak sekitar 3 petang dari Shah Alam selepas selesai Majlis Aqiqah rakan sekolah. Perjalanan ke Anjung Pool Villa menggunakan Waze boleh dikatakan mencabar, kerana jalan yang dibawa Waze sangat tidak meyakinkan.

Aktiviti hari pertama
Check In - En Fathul pemilik Anjung Pool Villa meninggalkan kunci digantung di tepi sliding door pintu utama.

Villa kami mempunyai 2 bilik tidur dan 1 bilik air. 2 queen bed dan 2 tilam extra. Villa terletak di tengah-tengah sawah padi dan sangat nyaman. (kalau nak tengok sawah padi cantik, sila pastikan korang datang sewaktu padi dah mula hijau)

Serambi Vila


Ruang Utama / Ruang Tamu







Open Air Indoor Pool

Open Air Bathroom

Bilik 1

Hari pertama sampai, selepas Maghrib, kami terus ke Orang-orang Cafe (20 minit dari Villa) untuk makan malam. 
Tips : Sila rujuk IG Orang-orang Cafe dan tempah dahulu sebelum pegi ke sana. Makanan memang sedap. Belangkas masak lepas dia kategori mesti cuba. Kami tak ada ambil gambar langsung kerana waktu menunggu yang terlalu lama. Masing-masing dah moody. Hehe.

Sebelum balik ke Villa, kami singgah beli sardin, telur dan roti di pekan Sekinchan untuk breakfast esok.

Day 2 :
Kami memilih untuk breakfast di Villa. Basic need seperti kuali, kettle, tea & coffee, semua ada disediakan di Villa. Makanan ringan juga ada En.Fathul sediakan, boleh ambil dan bayar. 

Sementara menunggu breakfast siap, Monmon dan Yuyu lepak dulu di serambi menghirup udara pagi yang nyaman. Breakfast masak sardin dan telur berserta teh o panas.Memang laju je makan roti pagi tu.

Aktiviti di Anjung Pool Villa - Menghirup angin segar di serambi bersama Monmon dan Yuyu



Selesai breakfast, Tok Boss nap, kami pun berjalan-jalan sekitar Villa. Orang kampung di sana sangat peramah. Boleh tanya apa saja, siap bekalkan kami buah kelapa dan buah kedondong untuk dibawa balik ke KL. Untuk kami yang tinggal di bandar dan jarang-jarang dapat tengok pokok-pokok, trip begini sangat therapeutic. Udara pun bersih. 

Aktiviti di Sekitar Anjung Pool Villa - Introducing pokok pisang to Yuyu

Aktiviti di Sekitar Anjung Pool Villa - Siapa kenal ni pokok apa?

Aktiviti di Sekitar Anjung Pool Villa - Nini curious tu synthetic ke betul.

Balik Villa, mandiiiiiii.....
Aktiviti di Anjung Pool Villa - Berenang bersama Monmon dan Yuyu

Lebih kurang pukul 11 kami check out dan menuju ke Kilang Beras Rakyat Sekinchan. Tiket masuk RM 4 untuk dewasa dan kami dapat beras sepeket setiap seorang. Dimulakan dengan briefing dahulu. Petugas akan menceritakan bagaimana beras diproses. Bermula dari bagaimana ditanam sampailah bagaimana diproses untuk dipasarkan.Very educational visit. 

Dengar dulu dorang nak cerita pasal beras ni

Antara perkakas yang dipamerkan

Yuyu di atas mesin pembajak

Kami ke Mango King, tapi terlalu ramai orang. Kami singgah sahaja. Seterusnya memenuhi request Tok Boss untuk ke Herbal Bath. Boleh google saja Herbal Bath Sekinchan, memang akan jumpa punyalah.

Akhir sekali, sebelum balik ke KL, kami singgah ke Faridah Mentarang. Makanan sedap, waktu menunggu ok, Meja banyak. 

Begitulah serba sedikit perkongsian trip ke sekinchan. Gambar memang tak banyak sebab pada asalnya tak terfikir langsung untuk blog this trip. Tapi Mama merasakan tips-tips begini patut dikongsi. Tak jauh sangat, dan yang penting affordable dan seronok untuk family. 

Terdapat banyak lagi accommodation lain yang terdapat di Sekinchan. Yang jauh lebih hipster. Tapi kami memang betul-betul last minute plan, but we are so lucky to find Anjung Pool Villa yang awesome ini. 



Mama's Favourite Shot For This Trip


Comments

Popular Posts