Resepi . Nasi Ayam Tok Boss

Preparation - 30 Minutes
Cooking - 45 Minutes




Menu ni akan sentiasa mengingatkan Mama pada Arwah Tok Boss. Tok Boss makan banyak betul, and banyak kali cakap sedap. Alhamdulillah. Sedikit express cara penyediaan Nasi Ayam kali ini, terutamanya part nasi, tapi still nampak semua makan laju je, ok la tu!

Makanya, Nasi Ayam Tok Boss Nama Diberi

Bahan-bahan :

1. Bawang Putih
2. Bawang Merah
3. Halia
4. Sup Bunjut Ayam
5. Bunga Lawang
6. Buah Pelaga
7. Celery
8. Kicap Manis
9. Kicap Masin
10. Sos Tiram or Sos Seafood
11. Madu
12. Cili Merah
13. Cuka
14. Way Hainanese Chicken Rice Fragrant Sauce (any brand also can)
15. Tomato
16. Timun
17. Salad or any jenis sayur also can

18. Daun Sup
19. Ayam. (make sure ada tulang-tulang untuk sup)
20. Garam
21. Minyak

Cara-cara :


Nasi -
Bahan-bahan terlibat - Way Hainanese Chicken Rice Fragrant Sauce

1. Masak nasi seperti biasa, baca sukatan and agak-agak masukkan paste
2. Siap! 
*ada macam-macam cara ye untuk masak nasi untuk Nasi Ayam, akan dishare dalam entry yang lain. Untuk resepi ni, nasi dia versi ekspres.

Sup -
Bahan-bahan terlibat - Bawang merah, bawang putih, halia, sup bunjut, celery, daun sup, ayam

Jumlah bahan-bahan kena agak-agak proportion 

1. Bawang merah potong 4, Bawang Putih penyekkan, halia, celery, sup bunjut, garam - Rebus semua sampai naik bau
2. Masukkan tulang-tulang atau parts ayam yang kecil-kecil untuk dijadikan isi sup
3. Masukkan Ayam yang bakal dimarinate. Rebus sampai agak-agak masak. Pastikan tidak overcooked. Angkat keluar.
4. Sila buat perkara no.1 bahagian Ayam dulu
5. Dah selesai marinate ayam, boleh start tumis darat. 
6. Dalam periuk lain, tumis bawang dan halia yang dihiris halus sehingga perang.
7. Tuangkan hasil tumisan tadi ke dalam sup yang sedang dididihkan tadi.
8. Masukkan daun sup yang telah dipotong halus. Tutup api.
9. Siap! 


Ayam -
1. Ayam yang dah rebus guna sup tadi, masukkan dalam satu bekas besar
2. Lumur kicap masin, kicap manis, sos tiram or sos seafood, madu. Biar sekejap. Boleh kembali ke no.5 bahagian nasi, dan proceed dengan preparation sos cili dan kicap.
3.  Sediakan minyak panas. Api kuat. Supaya crispy dan terasa rasa hangit yang sedap itu.
4. Goreng ayam.  
5. Siap! 


Sos Cili -
1. Kisar lebih kurang 15 cili merah dan satu labu bawang putih. 
(kalau labu bawang putih tu kecil, make it 2 labu! and if nak pedas, boleh masukkan cili padi beberapa biji, Mama tak letak cili padi, Tok Boss tak tahan makan pedas)
2. Ambil lebih kurang 3 senduk besar sup, masukkan dalam periuk kecil lain
3. Campurkan hasil kisaran cili merah dan bawang putih tadi
4. Masak sehingga mendidih dan bau garlic tu dah tak mentah guna api perlahan, consistently kacau 
5. Siap!


Kicap -
1.Ambil lebih kurang 3 senduk besar sup, masukkan dalam periuk kecil lain 
2. Campurkan sepotong halia, (depends nak rasa halia kuat macam mana, macam tu la sizenya. Agak-agak) kicap masin, kicap manis
3. Masak sehingga mendidih dan campuran tadi terbit rasa halia
4. Siap!

Hiaskan pinggan mengikut kreativiti masing-masing.

Selamat Mencuba!




Comments

Popular Posts